Selamat datang ke Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait. Biro Wanita ialah sebuah badan dibawah Majlis Perundingan Kampung, MPK Sungai Teraban yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti yang bercorak keugamaan, kebudayaan serta perekonomian disepanjang tahun.
Badan ini merupakan diantara penyumbang utama dana dan memberi peluang pasaran dan pembeli bagi pengusaha-pengusaha produk kampung (1K1P) serta Majlis Perundingan Kampung, MPK Sungai Teraban, Kuala Belait.
Adalah menjadi objektif utama kami untuk memajukan dan menaik taraf serta socio-ekonomi bagi golongan wanita serta pengusaha--pengusaha produk di Kampong Sungai Teraban dan sekitarnya.
Dyg. Norma binti Haji Mohd Alli
Ketua Biro Wanita
Majlis Perundingan Kampung, MPK Sungai Teraban


DYG. NORMA BINTI HAJI MOHD ALLI
DYG. LATIFAH BINTI SERE
DYG. NORELINA BINTI ABDULLAH
Program Tahunan yang dijalankan di setiapTahun di bulan Ramadhan mengumpulkan ahli-ahli Biro Wanita untuk memasak dan menyediakan pemanis mulut atau bubur 'signature' kami, iaitu Bubur Cha cha.
Menu ini disediakan secara gotong-royong untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung dan sekitarnya sebagai jamuan ketika berbuka puasa.
Mengadakan dan menganjurkan 'Bengkel Masakan dan Kuih-muih Tradisional' dengan dihadiri oleh wanita-wanita dari sekitar Mukim dan Kampung dari Daerah Belait.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Bengkel tersebut ialah isteri Pegawai Daerah Belait.
Biro Wanita juga bergiat aktif bersama-sama denga Biro Perekonomian menghasilkan dan menambah produk jualan bagi Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban.
Terdapat beberapa produk yang sudah mendapat pengiktirafan dan memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan.

Penyediaan dan Pengagihan Bubur Chacha dari Biro Wanita MPK Sungai Teraban, Kuala Belait

Penyediaan dan Pengagihan Bubur Chacha dari Biro Wanita MPK Sungai Teraban, Kuala Belait

Penyediaan dan Pengagihan Bubur Chacha dari Biro Wanita MPK Sungai Teraban, Kuala Belait

Penyediaan dan Pengagihan Bubur Chacha dari Biro Wanita MPK Sungai Teraban, Kuala Belait

Penyediaan dan Pengagihan Bubur Chacha dari Biro Wanita MPK Sungai Teraban, Kuala Belait
Sumber: RTB Rampai Pagi - Laporan Dari Daerah Belait (04hb Mei 2021)
Sumber: RTB Rampai Pagi - Laporan Dari Daerah Belait (18hb Apr 2022)

Majlis Perundingan Kampung - MPK Kampong Sungai Teraban, Mukim Kuala Belait akan menjalankan acara tahunan kami - 'Majlis Ibadah Qurban Kampong Sungai Teraban 1447H/2026'
Tarikh:
Hari Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H
bersamaan 30hb Mei 2026
Jam:
Bermula Jam 8:00 pagi
Tempat:
Balai Raya Kampong Sungai Teraban
Kuala Belait
Pemangku Ketua Kampung
Kampong Sungai Teraban /
Pengerusi Majlis Perundingan Kampung -
MPK Sungai Teraban