
Awg. Haji Mendihie bin Haji Taha
Alhamdullilah, dipilih sekali lagi dan diberikan kesempatan pada Majlis Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi pada 18hb Februari 2024 untuk mengalas tanggungjawab penting sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban (MPK-KST). Ini merupakan kesempatan yang tak ternilai disamping memberi peluang untuk berbakti kepada penduduk Kampong Sungai Teraban, ia juga memberikan kesempatan untuk berkerja dengan pasukan yang progresif serta sentiasa memandang kehadapan untuk memajukan kampung.
Terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya. Inshaa Allah, akan menunaikan tanggungjawab ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Selaku TImbalan Pengerusi MPK-KST, saya sentiasa akan memberikan sokongan dan komitmen kepada Pengerusi dan ahli-ahli lain dalam apa-apa agenda ataupon tugasan demi untuk memakmurkan dan memajukan Kampong Sungai Teraban.
Diharap penduduk kampung akan datang kehadapan dan membawa apa-apa permasalahan kepada MPK-KST. Jika ada cadangan atau saranan untuk memajukan kampung, kami sentiasa mengharapkan untuk kami pertimbangkan.
Akhir sekali, selamat maju jaya untuk MPK-KST.
Haji Mendihie HT

.png/:/cr=t:0%25,l:6%25,w:88%25,h:100%25/rs=w:515,h:234,cg:true)
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban, Mukim Kuala Belait dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, NBD menganjurkan - Pertandingan Tausyeh Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1448H/2026
Tarikh:
Hari Ahad, 03 Rabiulawal 1448H
bersamaan 16hb Ogos 2026
Jam:
Bermula jam 8:15 pagi
Tempat:
Balai Raya Kampung Sungai Teraban
Kuala Belait
Pemangku Ketua Kampung
Kampong Sungai Teraban /
Pengerusi MPK Sungai Teraban