
Penasihat, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban
Mukim Kuala Belait

PENASIHAT
Majlis Perundingan Kampung
Kampong Sungai Teraban
Mukim Kuala Belait
Selamat datang ke Laman Sesawang kami - 'Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban'.
Alhamdullilah, dengan tercetus buah fikiran dan terlaksananya laman ini, diharapkan MPK Sungai Teraban akan dapat berkongsi rancangan-rancangan, aktiviti-aktiviti, projek-projek yang direncanakan, yang sedang dilaksanakan mahupon yang telah berjaya diungkayahkan dan berkongsi maklumat-maklumat MPK-KST kepada orang ramai khususnya penduduk Kampong Sungai Teraban dan MPK-MPK diseluruh Negara Brunei Darussalam.
Diharap platform ini juga dapat dijadikan wadah atau landasan kemudahan untuk semua pihak berkongsi informasi dan amalan terbaik demi untuk membangun dan memajukan lagi masyarakat khususnya di Kampong Sungai Teraban dan penduduk Negara Brunei Darussalam amnya.
Akhirnya, gunakan landasan ini dengan sehat serta berhemah supaya kita semua dapat manafaat daripadanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam semua kerja-kerja bersangkutan dengan MPK Sungai Teraban, semoga Allah SWT membalas kebaikan semua dengan ganjaran yang sepatutnya.
.png/:/cr=t:0%25,l:6%25,w:88%25,h:100%25/rs=w:515,h:234,cg:true)
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban, Mukim Kuala Belait dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, NBD menganjurkan - Pertandingan Tausyeh Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1448H/2026
Tarikh:
Hari Ahad, 03 Rabiulawal 1448H
bersamaan 16hb Ogos 2026
Jam:
Bermula jam 8:15 pagi
Tempat:
Balai Raya Kampung Sungai Teraban
Kuala Belait
Pemangku Ketua Kampung
Kampong Sungai Teraban /
Pengerusi MPK Sungai Teraban