
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban ingin menzahirkan ucapan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' yang akan menjelang tiba buat semua penduduk Kampong Sungai Teraban khususnya dan semua muslimin dan muslimat secara amnya
MPK Sungai Teraban ingin memohon kemaafan dan apa jua kesilapan yang telah dilakukan baik secara senghaja ataupon kekhilafan.
Berhati-hati ketika mengunakan jalanraya, tingkatkan kesihatan setiap masa. Maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Sumber video: You Tube - De Fam
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban, Kuala Belait akan mengadakan kunjungan Hari Raya ke rumah-rumah penduduk kampung Sungai Teraban yang terpilih untuk mengadakan Ziarah Hari Raya disamping bertukar-tukar buah fikiran dalam sama-sama memajukan Perekonomian Kampung disamping merayakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1444H/2023.
Majlis Perundingan Kampung Berhari Raya diadakan dengan tujuan untuk Ahli Jawatankuasa Tadbir MPK Sungai Teraban akan turun padang dan menyantuni penduduk kampung sambil bergembira selayaknya dengan kejayaan penduduk-penduduk kampung menganjurkan rancangan-rancangan bercorak keugamaan disepanjangan bulan Ramadhan khususnya dan sepanjang tahun 1444/2023 amnya.
Inshaa Allah, kunjungan akan dimulakan jam 4:00 petang dan rumah-rumah penduduk kampung yang terpileh akan diumumkan kemudian.


Salah seorang pemenang pertandingan anjuran MPK Sungai Teraban sempena Hari Raya Aidil Fitri 1444H

Penduduk Kampung yang dikunjungi, Awg Rosedee B. Japar.

Majlis Perundingan Kampung - MPK Kampong Sungai Teraban, Mukim Kuala Belait akan menjalankan acara tahunan kami - 'Majlis Ibadah Qurban Kampong Sungai Teraban 1447H/2026'
Tarikh:
Hari Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H
bersamaan 30hb Mei 2026
Jam:
Bermula Jam 8:00 pagi
Tempat:
Balai Raya Kampong Sungai Teraban
Kuala Belait
Pemangku Ketua Kampung
Kampong Sungai Teraban /
Pengerusi Majlis Perundingan Kampung -
MPK Sungai Teraban