Biro Kesenian dan Kebudayaan bertindak menjadi 'catalyst' kepada aktiviti-aktiviti bertujuan untuk memperkaya dan mengembangkan seni dan amalan budaya orang Brunei kitani untuk dijadikan aktiviti-aktiviti khusus untuk golongan belia-belia penduduk Kampong Sungai Teraban.
Selain daripada belia, aktiviti Biro Kesenian mem
DYG. HAJAH AMINAH BINTI HAJI ARIS
Dyg. Napsiah binti Mahani
Dyg. Minah binti Haji Kachi
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban melalu Biro Kesenia dan Kebudayan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban telah menganjurkan 'Pertandingan Tausyeh Peringkat Daerah Belait 2020'.
Pertandingan Tausyeh mengambil tempat di Masjid Kampong Sungai Teraban dan MPK-Sungai Teraban diwakili oleh Kumpulan Tausyeh Belia Wanita yang diketuai oleh Dyg. Nur Syafiqah Nabilah binti Ahmad. Kumpulan ini mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tausyeh ini.
Seramai enam orang peserta belia mewakil Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban mengadakan latihan Persembahan Tausyeh dibawah tunjuk ajar dari Cikgu Hajah Zirwatul Adilah. Yang lebih menarik lagi ialah persembahan kollaberasi bersama dengan belia dari Majlis Perundingan Kampung - MPK Labi 2.
Persembahan ini adalah bagi persiapan bagi persembahan Pentas Perayaan bercorak keugamaan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-75.
Syabas diucapkan bagi persembahan yang menyatukan dua Majlis Perundingan Kampung dan adalah diharap banyak lagi kerjasama didalam aktiviti-aktiviti belia.
Copyright © 2024 Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban akan menjayakan satu penganjuran "Pertandingan Tausyeh Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1446H/2024M" sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 bagi Tahun 1446H/2024M
Tarikh: Hari Ahad, 25hb Ogos 2024,
20 Safaar 1446H
Jam: 8:00 pagi
Tempat: Balai Raya Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait
Pmk. Ketua Kampung
Kampong Sungai Teraban
Majlis Perundingan Kampung - MPK Sungai Teraban